top of page
  • admin

MalaysiaKini-Universiti Putra Malaysia bekerjasama dengan PNT Research

Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini mengumumkan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre atau BBRC) dan syarikat bioteknologi PNT Research. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan bahan-bahan berfungsi untuk menyumbang ke arah masyarakat dengan penuaan yang sihat.


Kerjasama ini akan menyelami potensi mikroalga untuk mencegah tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik, seperti barah, kencing manis, penyakit Alzheimer dan penyakit kardiovaskular


Tekanan oksidatif disebabkan oleh kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh dan boleh merosakkan sel, protein, dan DNA.


Ia membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran.


Untuk membantu mencari jalan penyelesaian, ketua BBRC Profesor Dr. Arbakariya Ariff mengetuai pasukannya untuk mengkaji mikroalga laut TetraSOD®, yang dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat.


"Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD® (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain.


"Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh penningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat dari penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik," katanya.


Pengarah urusan PNT Research, Lee Bin Hao, mengatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas: untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.


Read more here, https://www.malaysiakini.com/announcement/556318

24 views0 comments
bottom of page